Slider

'Badan ayah (Najib) semakin susut, tertekan rindukan keluarga & denyut nadi ahli UMNO' - Nooryana Najwa



Nooryana Najwa ketika berucap di Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu di Klebang pada malam Sabtu lalu mendedahkan, tubuh badan bapanya, Najib Razak, semakin susut kerana mengalami tekanan perasaan. 


Menurut Nooryana, bekas perdana menteri itu susut badan kerana terlalu merindui ahli keluarga dan akar umni UMNO.


Nooryana amat yakin bahawa bapanya tidak bersalah meskipun Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Ahli Parlimen Pekan itu dan kini dia berharap UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapat menegakkan keadilan untuk bapanya sekiranya menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 


"Banyak perkara dipohon ayah telah dinafikan, kerana itu saya minta UMNO dan BN mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan keadilan jika menang PRU15. Tiada lagi orang lain menjadi mangsa selepas apa yang terjadi kepada ayah. 


"Cukup memeritkan buat anak-anak dan adik-beradik melalui saat paling menyukarkan. Ayah kini terpaksa belajar hidup seorang diri jauh daripada keluarga sejak berada di penjara. 


"Kelmarin saya jumpa ayah, dia semakin susut mungkin sebab tertekan, rindu pada keluarga dan rindu pada denyut nadi ahli UMNO seluruh negara," katanya. 


Tambahnya lagi, Najib sempat meminta dia menyampaikan amanat kepada seluruh ahli UMNO, di mana dia yakin bahawa hanya UMNO dan BN sahaja yang mampu memberi dan mengekalkan kestabilan. 


"Ayah turut meminta semua ahli kekal bersatu dan bersama hingga ke garisan penamat kerana kejayaan PRU15 boleh jadi milik kita," katanya. 


Sumber: Utusan Malaysia

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo