Slider

'BiaDAP!' - Ketua Puteri UMNO selar Hannah Yeoh 'Faceshamming' Rosmah tetapi dikecam netizen



Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan, menyelar tindakan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, yang didakwa melakukan 'face shaming' terhadap Rosmah Mansor, melalui Twitter baru-baru ini. 


Hannah pada 13 Oktober lalu memuat naik tweet, "Sekali imbas, saya ingatkan itu adalah Rosmah dan tertanya-tanya apa yang dia sedang lakukan di Kedah", yang memetik laporan berita Malaysia Gazette mengenai ADUN Sungai Teriang, Datuk Suraya Yaacob meletak jawatan sebagai EXCO Kedah berkuatkuasa serta-merta. 




Zahida berkata, tindakan Hannah itu biadab dan tidak patut dilakukan walaupun mereka berbeza idealogi politik. 


"BiaDAP! 'Faceshamming' daripada seorang berpangkat YB, juga bekas Timbalan Menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH). 


"Biarlah berbeza idealogi politik, namun tindakan mengaibkan lebih-lebih lagi sesama wanita adalah satu tindakan yang amat menjijikkan.




"Mohon pengundi hukum dengan tidak beri undi kepada parti YB ini pada PRU15 tak lama lagi," katanya. 


Tweet Zahida itu mendapat perhatian orang ramai termasuk beberapa rakan seperjuangannya tampil membidas bekas timbalan menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan.  


Bagaimanapun, Hannah tampil menafikan dakwaan itu dan menjelaskan dia hanya mengatakan wajah Datuk Suraya itu seiras dengan wajah bekas isteri Najib Razak.


"Hello Zahida, saya tidak pernah 'face shame' Rosmah. Apa masalahnya kalau ada orang lain seiras dengan Rosmah, Najib atau Zahida? Saya tidak faham mengapa orang UMNO marah jika sesiapa kelihatan sama seperti Rosmah," katanya. 




Sementara itu, netizen pula mempersoalkan dakwaan Ketua Puteri UMNO itu yang secara tidak sedar telah melakukan Face shaming terhadap Rosmah. 


"Muka kau sekilas pandang, macam classmate aku masa sekolah menengah. Jadi, celah mana aku aibkan kau dan kawan aku? Kenapa kalau muka macam Rosmah, mengaibkan? Kau fikir apa pasal muka Rosmah? Kau yang aibkan dia," kata ZaraV. 


"Puan Zahida, kat mana face shamingnya? Saya masih tak nampak ni sebab YB Hannah cuma kata dia ingatkan she was Rosmah (because of look alike), tak ada pun dia buruk-burukkan exco itu. Tolong jawab sat," kata Aidan Nadia. 


"What's wrong with DS Rosmah's face? Sound like you are the one who is face shaming beralas," kata Jess. 





Sumber: Twitter Ketua Puteri UMNO


Nak dapatkan info terkini? Join group Telegram The Reporter, KLIK SINI!
none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo