Slider

'Bilal kerap menangis, kepalanya semakin membesar (28 kg)' - Suami isteri pilu melihat anak terpaksa tanggung derita



Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bagi Mohammad Azhar Arzemi, 30, dan pasangannya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, tanggungjawab menjaga Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar, yang menghidap Alobar Holoprosencaphly (kecacatan tempurung kepala kronik) tetap perlu dijaga dengan penuh kasih sayang.


Menurut Mohammad Azhar, dia kasihan melihat anaknya yang berusia dua tahun itu terpaksa menanggung derita kepalanya yang semakin membesar dengan berat terkini mencapai 28 kilogram. 


"Sebelum ini, tangan dan kaki Bilal kerap bergerak. Tetapi kini dia tidak lagi aktif seperti dulu. Bilal juga semakin kerap menangis pada waktu malam kerana kepalanya semakin membesar. Jadi, saya dan isteri memang tidur ayam sahaja kerana perlu bergilir-gilir memantau keadaannya," katanya. 


Difahamkan, Bilal juga menghadapi masalah jantung, tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir. Masalah kesihatan yang dihadapi itu membuatkan Bilal memerlukan penjagaan rapi. Tetapi, pasangan suami isteri itu tidak dapat bekerja tetap dan mengalami kesempitan wang. 


Sebelum ini, Mohammad Azhar pernah bekerja sebagai tukang rumah dan isterinya pula pembantu di sebuah klinik pakar kulit. Mereka terpaksa berhenti dan tidak lagi bekerja sejak Bilal dilahirkan. 


Walaupun ada menerima bantuan bulanan zakat sebanyak RM200 dan RM500 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah itu masih tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan Bilal sebanyak RM2,500 sebulan. 


"Sumber pendapatan kini hanya daripada jualan barangan makanan sejuk beku, namun pendapatan kini agak teruk dan adakalanya tidak cukup. Kami sampai ke tahap jual barangan peribadi dan barang rumah untuk dapatkan duit kerana malu meminta sumbangan orang.


"Tak banyak yang kami dapat, tetapi ada juga hasil untuk langsaikan sewa bulanan rumah sebanyak RM350 dan membeli keperluan Bilal terutama susu walaupun harganya mahal," katanya. 


Mohammad Azhar mengakui, dia sedih keadaan anaknya yang terpaksa menanggung derita sejak dari kecil. Dalam kesusahan mereka itu, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan gambar anaknya untuk tujuan yang tidak sepatutnya. 




Bagaimanapun, pasangan itu berterima kasih kepada mereka yang pernah menghulurkan sumbangan kerana prihatin dengan nasih Bilal dan mahu membantu meringankan bebanan keluarganya. 


Bagi orang ramai yang mahu membantu, boleh menghulurkan sumbangan keakaun bank CIMB milik Azhar, 7047468689.


Sumber: Harian Metro


Nak dapatkan info terkini? Join group Telegram The Reporter, KLIK SINI!

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo