Slider

Cincin tersangkut di kemaluan selama 4 bulan, hajat nak besarkan zakar tak kesampaian



Seorang lelaki terdesak membesarkan saiz alat sulitnya, sanggup menyarung cincin pada kemaluannya dalam usaha untuk membesarkan organ pembiakkannya itu.


Malangnya, perbuatan peliknya itu mengundang kesan sampingan yang tidak diingini. Mangsa yang tidak didedahkan namanya itu terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan bantuan kerana cincin itu telah menyekat saluran peredaran darah ke organ tersebut. 


Bagaimanapun, doktor di Hospital Umum Krungthai juga tidak dapat membantunya, lalu bergegas menghubungi Bomba untuk mendapatkan bantuan. 


Sepasukan bomba datang ke lokasi dan membawa peralatan khas memotong logam. Prosedur pemotongan cincin itu perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati kerana bimbang jika berlaku sedikit kesilapan, kemaluan mangsa boleh mengalami kecederaan atau terpotong.


Selepas hampir satu jam, bomba berjaya memotong cincin itu dan kemaluan mangsa akhirnya dibebaskan semula. 


Mangsa mengakui dia telah mengamalkan amalan pelik itu sejak empat tahun lalu dan ini adalah kali pertama kejadian itu berlaku. 


Berhubung kes terbaru, mangsa telah memakai cincin itu di tempat yang salah sejak empat bulan lalu sebelum terasa sakit luar biasa dan dibwa ke hospital untuk mendapatkan bantuan. 


Sementara itu, doktor menjelaskan cincin itu dikeluarkan tepat pada masanya. Sekiranya dibiarkan lama, ia boleh menyebabkan jangkitan dan akhirnya terpaksa dipotong. 


Sumber: Mirror

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo