Slider

'Edit muka anak saya sampai orang komen jahat pada anak saya, dah puas hati?' - Neelofa luah rasa kecewa di Instastory



Semalam, selebriti Neelofa meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan seorang individu yang menyebarkan gambar anak lelakinya, Muhammad Bilal, di media sosial. Apatah lagi gambar itu diambil tanpa kebenarannya, ketika mereka sekeluarga hadir ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan. 


Lima jam yang lalu, Neelofa sekali lagi meluahkan perasaan sedihnya melalui Instastory di mana ramai yang melemparkan komen-komen negatif terhadap Bilal.


"Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia. Lepas tu sebar gambar yang edit fake tu. Dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati? Tak tahu nak rasa apa. Allahuakbar," katanya. 


Dalam pada itu, Neelofa juga menegur perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan, selain perlu menjaga perasaannya sebagai ibu kepada Bilal.


"Jangan kita melampau dalam buat sesuatu perkara, mengubah/edit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati. Benda ini dah timbulkan macam-macam ftnah dan kata-kata yang tak baik. 


"Tolong jaga sikit perasaan orang. Ibu-ibu yang lalui susah mengandung dan melahirkan mungkin boleh faham apa yang saya rasa," katanya. 






Sumber: Instagram Neelofa


Nak dapatkan info terkini? Join group Telegram The Reporter, KLIK SINI!
none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo