Slider

'Kalau betul ibu saya rosakkan majlis dia, pergi buat report polis' - Anak Makcik Baju Merah



Susulan tular luahan seorang pengantin perempuan mengenai makcik baju merah, seorang individu yang dikenali sebagai Mummy Bunga, tampil mempertahankan ibunya daripada terus menjadi bahan kecaman di media sosial. 


Baca: 'Bila saya tengok, terus jadi panas & hangin' - Pengantin kesal, dakwa makcik baju merah cemari hampir seluruh gambar pernikahannya


Menurut Mummy Bunga, dia tidak bersetuju dengan tindakan Zarah Yusoff yang menularkan gambar ibunya dengan dakwaan mencemari gambar-gambar pernikahan tersebut. Bagi dia, Zarah sepatutnya membuat teguran secara terus, bukannya meluahkan masalah itu di media sosial. 


"Betul faham, tapi dia boleh cakap personal. Ini dia dah buat (tular secara) public, which is ada dalam law, boleh buat laporan.


"Post gambar, aibkan orang kat social media ada akta ye. Kalau betul ibu saya rosakkan majlis dia, pergi buat report," katanya. 


Dalam pada itu, Mummy Bunga bengang dengan tindakan netizen yang melemparkan tohmahan terhadap ibunya dan disebabkan dia akan membuat laporan kepada pihak berkuasa. 


"Elok perangai? Ayat awak semuanya cantik-cantiknya ye pasal ibu saya. Tak apa awak, nanti tunggu report taw, thank you," katanya. 


Terdahulu, Zarah Yusoff meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan makcik baju merah yang didakwa telah mencemari hampir setiap gambar majlis pernikahannya yang diadakan beberapa bulan lalu. 


Sumber: Twitter Syaa Abdullah

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo