Slider

'Kalau kita kecundang (di PRU15), bukan saya saja kena dakwa.. Tok Mat, Tan Sri Vicky, Saravanan, Wee Ka Siong dll juga akan didakwa' - Zahid Hamidi



Dalam ucapan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung MIC ke-76 Isnin lalu, dia secara terbuka berkata, kepimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) akan berdepan dengan perbicaraan jenayah sekiranya mereka terkandas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 


"Kalau kita kecundang, nasib kita lebih buruk daripada PRU14. Bukan saya saja kena dakwa (di mahkamah), Tok Mat, kamu dalam senarai menunggu.


"Tan Sri Vicky (Presiden MIC SA Vigneswaran), jangan ketawa.. kamu juga termasuk. Apa lagi Datuk Seri Saravanan (Timbalan Presiden MIC). Presiden MCA Wee Ka Siong? Mereka takkan melupakan kamu. Kamu juga akan didakwa. 


"Bagi mengelakkan (perkara) ini (berlaku), kita wjib menang dengan dominan di dalam PRU15 ini saudara dan saudari," kata Zahid. 


@ikmal88idris bukan saya saja kena caj #zahidhamidi #bn #umno #politikmalaysia #melayu #fyp #bossku #umno #bn #melayu #partikeramat #mn #muafakatnasional #pas #partiislamsemalaysia #fypmalaysia #ismailsabriyaakob #barisannasional ♬ original sound - IkmalIdris


Ucapan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudian tersebar meluas di media sosial dan mengundang banyak perhatian netizen termasuk pemimpin politik lain. 


Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan Zahid itu disifatkan sebagai 'sangat jujur' bahawa BN nekad mahu mengadakan PRU15 bagi menyelamatkan 'kluster mahkamah. 


Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago juga mendakwa kegelojohan Zahid mendesak PRU15 diadakan segera adlaah bagi memulihkan reputasi pemimpin UMNO itu sendiri. 


Bagaimanapun, Presiden MIC, SA Vigneswaran tampil membidas dakwaan itu dan mendakwa pembangkang cuba memutarbelitkan ucapan Zahid. 


Menurut Vignesawaran, ucapan Zahid itu bukan merujuk kepada BN mahu menyelamatkan Kluster Mahkamah, tetapi merujuk kepada politik balas dendam yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) selepas PRU14. 


Vigneswaran juga mendakwa pembangkang cuba menimbulkan persepsi pemimpin BN sebagai jahat dan mengamalkan rasuah. 


Sumber: MalaysiaKini


Nak dapatkan info terkini? Join group Telegram The Reporter, KLIK SINI!

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo