Slider

'Mangsa dipukul sebab tinggalkan ibu sakit sendirian di rumah, keluar berjumpa dengan kekasih' - Sumber



Polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap penularan video yang menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul oleh lelaki yang dikatakan berlaku di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu. 


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis mengenai kejadian itu sama ada benar ia berlaku di negeri itu. 


Baca: (Video) 'Sakan kau pukul anak orang!' - Netizen menyirap tengok remaja perempuan dipukul lelaki disyaki kekasihnya


Mohd Zaidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai video tular itu tampil untuk memberi maklumat bagi membantu siasatan. 


Sementara itu, seorang lelaki mendakwa sumbernya memaklumkan kejadian itu berpunca dari kesilapan mangsa sendiri yang dikatakan sanggup meninggalkan ibunya yang sedang sakit di rumah hanya kerana mahu keluar bersama teman lelaki. 


"Baru dapat ino dari seorang brother ni komen. Sebenarnya perempuan tu yang salah. Dia tinggalkan ibunya yang sedang sakit tenat bersendirian di rumah, semata-mata mahu berjumpa dengan boyfriend. 


"Jadi, yang memukul mangsa itu adalah abang kandungnya sendiri. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dari kisah di atas dan semoga tiada salah faham di antara kita semua," katanya. 




Sumber: Harian Metro, Pyan To Letta

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo