Slider

Mayat remaja lelaki ditemui tergantung di dapur rumah



Mayat seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui di dapur rumahnya di Kuala Kedah, semalam, lapor Harian Metro. 


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat remaja itu pada petang semalam. 


Difahamkan, mayat mangsa ditemui oleh abangnya pada jam 4 petang, selepas pulang dari laut. 


Menurut abang mangsa, dia ternampak adiknya berada dalam keadaan tergantung di ruang dapur rumah mereka. 


Mangsa merupakan adik bongsi dari empat beradik dan bekerja sendiri. Mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari hingga 4 petang. 


Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes mati mengejut. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo