Slider

Najib sedang menjalani hukuman penjara, tak boleh keluar kenyataan berhubung PRU15 - Jab. Penjara



Jabatan Penjara Malaysia hari ini memaklumkan, bekas perdana menteri Najib Razak yang dipenjara selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 


Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia, Supri Hashim berkata, mana-mana banduan yang sedang menjalani hukuman penjara adalah tidak dibenar mengeluarkan sebarang kenyataan dan larangan itu juga terpakai terhadap bekas perdana menteri itu. 


"Setakat ini tiada apa-apa kenyataan yang boleh dikeluarkan oleh banduan dari dalam penjara. Tidak dibenarkan mengeluarkan apa-apa kenyataan, malahan surat yang dikeluarkan termasuk dokumen yang dikeluarkan pun ditapis terlebih dahulu," katanya. 


Jelas beliau lagi, sebarang dokumen termasuk surat kepada keluarga yang ingin dihantar oleh banduan juga akan ditapis terlebih dahulu oleh pihak penjara. 


23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib yang kini menjalani hukuman itu di Penjara Kajang.


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo