Slider

'Patutlah kena kasi balik' - Tiada hati perut, TikToker & netizen bahan mangsa culik di media sosial



Ejen jualan kosmetik yang diculik pada 13 September lalu berjaya diselamatkan hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Polis Thailand. 


Menurut laporan Berita Harian, Rosnazirah Mohd Naim, 36, dikatakan nyaris diseludup ke Laos. PDRM yang mendapat maklumat itu kemudian terus menghubungi Polis Thailand. 


Bertindak di atas maklumat, pihak berkuasa negara itu membuat sekatan jalan di kawasan sempadan  Thailand-Laos dan akhirnya berjaya menyelamatkan mangsa. 


Pada ketika ini, Rosnazirah dipercayai masih berada dalam lindungan pihak berkuasa bagi memantau perkembangan kesihatan fizikal dan psikologinya. 


Bagaimanapun di media sosial, netizen pula menjadikan mangsa sebagai bahan gelak ketawa ekoran tular di TikTok gambar sebelum dan selepas mangsa yang didakwa menggunakan filter aplikasi video popular tersebut, menyebabkan pihak berkuasa sukar mengesannya. 


"Amik iktibor la blake hok brahi pakai filter..macam mana polis Thailand nak kenal mangsa culik tu kalau setara tu gambor. Nasib baik laki dia kenal," kata pemilik akaun TikTok @BajetCun.


@bajetcun #fypă‚·゚viralđź–¤tiktok ♬ minang kocak - ijul_ab


Pada gambar mangsa turut disertakan label 'Barang hilang' dan 'Barang jumpa', disertakan dengan audio ketawa. 


Di ruangan komen, netizen juga mengambil kesempatan membahan mangsa bagaikan tiada rasa bersalah dan tidak memikirkan perasaan mangsa dan keluarganya. Sedangkan sebelum ini, majoriti netizen meluahkan rasa simpati  terhadapnya. 






Walaupun begitu, ada netizen yang bersangka baik, gambar itu berkemungkinan gambar lama (gambar kad pengenalan) dan penampilannya sebelum diculik juga mungkin sudah berubah.


Sumber: TikTok @BajetCun

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo