Slider

Penunggang motosikal buat aksi 'Superman' boleh didenda RM15,000 & 5 tahun penjara - PDRM



Walaupun ramai yang tahu bahawa tindakan berlumba secara haram di jalan raya boleh mengundang risiko maut bukan sahaja pada diri, malah pada pengguna jalan raya lain, namun golongan tidak bertanggungjawab ini masih berdegil seolah-olah mencabar maut. 

Ini termasuk golongan penunggang motosikal yang gemar melakukan aksi-aksi berbahaya seperti 'Superman' di mana penunggangnya meniarap di atas motosikal dengan kelajuan tinggi, seolah-olah sedang terbang. 


Tetapi tahukah anda bahawa perbuatan itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah penunggang motosikal yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas. 


Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, aksi berbahaya itu melanggar undang-undang di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan. 


"Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000. 


"Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan," katanya. 



Sumber: Facebook PDRM

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo