Slider

'Ramai koyak bila tengok Cap tak koyak-koyak lagi' - Caprice nafi dakwaan dirinya koyak



Di kala ramai yang mendakwa Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, koyak dengan ciapan gurau senda Twitter Mydin Malaysia, selebriti itu tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia masih berada dalam keadaan tenang. 


"Ramai orang kecam nak Caprice koyak, tapi dah ramai yang koyak bila tengok Caprice tak koyak-koyak lagi. Kita tenang," katanya melalui Instastory hari ini. 




Semalam, Caprice mengeluarkan kenyataan di Instagram yang menuntut video permohonan maaf dari pihak pasar raya berkenaan yang didakwa telah menyindirnya secara terbuka sehingga menyebabkan dia dikecam ramai. 


Namun, ruangan komen pada hantaran itu ditutup, membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengapa Caprice berbuat demikian. 


Menurut Caprice, sebagai individu yang memfailkan kes itu, komen-komen di hantaran di Instagramnya mengenai Mydin boleh dibawa ke mahkamah. Begitu juga dengan mana-mana komen yang dimuat naik oleh orang awam di akaun rasmi pihak berkenaan. 




Bagi mengelakkan sebarang gangguan, Caprice membuat keputusan untuk menutup ruangan komen pada hantaran itu. 


Pengikutnya masih boleh memuat naik komen atau pandangan masing-masing  di hantaran lain yang tidak berkaitan dengan kes itu. 


Walaupun ada pihak yang mendakwa usaha memfailkan saman RM30 juta itu adalah sia-sia, tetapi tidak bagi Caprice yang mengambil contoh kes yang pernah berlaku pada portal MalaysiaKini. 


Portal MalaysiaKini pernah didapati bersalah kerana menghina mahkamah dengan menyiarkan komen pembaca yang menyerang badan kehakiman. Bagi kesalahan itu, MalaysiaKini diarah membayar denda sebanyak RM500,000. 




Sumber: Instagram Caprice

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo