Slider

Remaja 19 tahun bertunang dengan wanita berusia 56 tahun



Kata orang, perasaan cinta itu tidak mengenal usia, seperti yang berlaku pada pasangan ini yang jauh jarak usianya. Wuthichai Chantaraj, 19, mula mengenali tunangnya, Janla Namuangrak, 56, ketika dia berusia 10 tahun. 


BERKENALAN SEMASA MEMBERSIHKAN RUMAH


Difahamkan, Chantaraj berjiran dengan Namuangrak dan kedua-duanya berasal dari wilayah Sakhon, timur laut Thailand. 


Awal perkenalan, Namuangrak meminta bantuan Chantaraj untuk membersihkan rumahnya. Semasa melakukan kerja-kerja membersihkan rumah, mereka berdua berkenalan antara satu sama lain.


Tidak beberapa lama selepas itu, mereka mula menjalinkan hubungan dan kini telah bersama sejak dua tahun lalu walaupun berbeza usia 37 tahun. 




Chantaraj berkata, ini adalah kali pertama dalam hidupnya di mana dia mahu memastikan seseorang itu hidup dengan selesa. Tambahnya, Namuangrak adalah seorang wanita yang rajin dan jujur. 


"Saya melihat rumahnya yang lusuh dan berfikir macam mana caranya untuk membantu agar dia hidup dalam keadaan yang lebih baik. Saya juga mengagumi dia," katanya. 


Namuangrak sebelum ini pernah berkahwin dan bercerai selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinannya itu, dia mempunyai tiga anak yang sudah dewasa. Menjalinkan hubungan dengan Chantaraj, membuatkan dia berasa muda kembali. 


"Dia bagaikan superhero bagi saya. Dia membantu saya setiap hari. Bila dia sudah dewasa, kami mula menaruh perasaan antara satu sama lain. Saya terkejut sebab saya mengenalinya sejak dia masih kecil. 




MERANCANG UNTUK BERKAHWIN


Awal tahun ini, Chantaraj dan Namungrak ada memaklumkan kepada keluarga masing-masing bahawa mereka mahu mengikat perhubungan itu. 


Namuangrak pernah memberitahu kepada kenalannya yang dia bercinta dengan Chantaraj yang jauh lebih muda. Kenalannya memberikan reaksi terkejut dan menganggapnya gila. 


"Tetapi, dia (Chantaraj) membuatkan saya berasa muda semula dan kami telah lama bersama. Saya gembira dan kami akan berkahwin," katanya. 


Sumber: The Mirror

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo