Slider

Remaja maut, kereta dipandu terbabas & langgar pembahagi jalan



Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan.


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5 pagi Ahad, di Kilometer 23, Lebuh Raya Utara-Selatan, mangsa, Nur Helmi Rafiee, meninggal dunia di lokasi kejadian. 


Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Asmiza Zaini berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.13 pagi. 


Seramai tujuh anggota dengan jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi. 


Sebaik saja tiba, anggota mendapati kemalangan yang berlaku itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi. 





Siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan menuju ke arah selatan dan terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan. 


Pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Kosmo Online

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo