Slider

Remaja perempuan dakwa dirogol dua lelaki di dalam kereta



Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun mendakwa dia telah dirogol dua lelaki di dalam kereta di terowong berdekatan dengan kawasan perumahan di Bedong. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi, Ahad lalu, mangsa mendakwa salah seorang suspek adalah rakan sekolahnyanya, berusia 15 tahun yang baru sahaja dikenalinya dua minggu lalu.


Difahamkan, mangsa terdahulu dijemput oleh rakannya dengan motosikal di rumah pada jam 8.15 malam untuk keluar makan di kawasan Gunung Jerai. 


Mangsa kemudian dibawa ke rumah suspek di sebuah kampung di Bedong dan seterusnya diajak menaiki kereta Proton Wira bersama empat lelaki lain untuk pergi ke kawasan terowong tersebut. 


Semasa berada di lokasi, mangsa telah dirogol oleh dua lelaki termasuk rakannya sendiri, di dalam kereta. Tiga lagi lelaki lain berada di luar kenderaan. 


Selepas kejadian itu, mangsa terus tampil membuat laporan polis. Bertindak di atas maklumat, polis kini sedang memburu lima suspek terbabit yang berusia dari 15 hingga 25 tahun untuk membantu siasatan. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan menerima laporan dari mangsa dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo