Slider

Rogol pelajar Tingkatan 2 secara berkumpulan, 8 suspek direman selama 7 hari

Foto Harian Metro



Polis menahan lapan remaja lelaki yang disyaki merogol seorang pelajar perempuan secara berkumpulan dalam kejadian di Tawang, Bachok, Kelantan. 


Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohd Ismail Jamaluddin berkata, kesemua suspek yang ditahan itu berusia antara 14 tahun hingga 18 tahun. 


Suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan dari mangsa berusia 14 tahun yang mendakwa dia telah dirogol. 


"Bertindak di atas maklumat itu, pihak polis menangkap kesemua suspek bagi membantu siasatan," katanya.


Polis telah mendapat perintah reman dari Mahkamah Bachok pada pagi tadi yang dikeluarkan oleh Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi. 


Kesemua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo