Slider

'Haris banyak mengajar saya menjadi seorang yang lebih bersyukur' - Neelofa kongsi kemanisan berumah tangga



Selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, meluahkan rasa beruntung memperoleh suami yang baik, yang sentiasa memberi nasihat, teguran dan tunjuk ajar kepada dirinya untuk menjadi isteri dan muslimah yang sejati. 


Namun, Neelofa mengakui dia bukanlah sempurna dan adakalanya berlaku ketidaksefahamannya dengan suami. Tetapi perkara itu bagi dirinya adalah normal dan boleh diperbaiki agar hubungan rumah tangganya kekal bahagia. 


"Haris ini nampak saja macam itu, tapi sekecil-kecil perkara pun dia memang sangat teliti. Contoh, cara saya duduk depan dia, cara saya menjawab mesej dia. Dia sangat pentingkan adab dan akhlak.


"Kalau dalam mesyuarat, cara saya duduk, jawab soalan dia akan tegur. Dia kata, kalau kita kurang ilmu dalam sesuatu perkara itu, kita kena tunjukan adab dan akhlak yang baik. 


"Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur saya berpuluh-puluh kali. Jadi, saya pun jadi lebih peka selepas itu," katanya. 


Jelas Neelofa, kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga juga berubah. Jika dulu dia sibuk dengan jadual hariannya sebagai usahawan yang perlu mengutamakan perniagaan dan kerjaya, tetapi kini dia lebih tenang dalam dan banyak menghabiskan masa di rumah. 


"Nak bandingkan dulu dan sekarang, saya rasa sekarang lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman walaupun tak terlalu rancak. Tapi saya rasa dapat rezeki yang cukup. 


"Saya tak adalah bekerja sekuat dulu, banyak masa di rumah. Menjadi 'lady boss' itu dah banyak berkurangan. Kalau urusan kerja, saya banyak serahkan kepada Haris. Kadang-kadang ada beberapa perkara juga yang saya perlu terbabit sebab kalau projek itu perlu ada orang pimpin. Tapi apa saya boleh cakap, saya bukanlah orang yang sama seperti sebelum ini," katanya. 


Dalam pada itu juga, Neelofa berasa ramai yang menaruh rasa cemburu dengan perjalanan hidupnya yang seimbang baik dari segi kehidupan peribadi mahupun kerjaya. 


"Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya. Banyak orang yang mungkin terlalu awal kahwin atau lewat dapat anak. Saya rasa syukur, alhamdulillah, Allah bagi perjalanan hidup saya yang agak seimbang. 


Gambar laporan asal berita dari Harian Metro



"Sekarang ni dah ada banyak masa di rumah, saya rasa berpuas hati dengan apa yang saya buat dulu. Kalau dulu saya berikan sepenuhnya dan buat sikit-sikit saja mesti sekarang saya masih nak lagi. 

"Saya pernah cakap dengan Haris mengajar saya banyak perkara mengenai kesyukuran. Dia antara manusia yang banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur. Kadang-kadang saya terlepas pandang dan dia selalu ingatkan. Kalau saya macam tertekan dan sedih, dia akan cakap dan beri nasihat kepada saya.


"Kalau suami saya keras dan saya juga keras, ia akan menjadi susah. Sebetulnya suami kena ke depan dan saya perlu di samping mengikuti langkahnya barulah akan dapat harmoni. 


"Haris jenis yang selalu bagi ruang dan dia bukan jenis yang perlu ikut dia saja. Dia beri kebebasan untuk saya bernafas sikit. Saya tak rasa tekanan dan rasa macam diri sendiri saja. Jadi situ manisnya," katanya. 


Sumber: Harian Metro






none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo