Slider

'Saya tak sangka isteri pergi dengan cara begini' - Suami Nurul Nazihah masih trauma



Mangsa kemalangan, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, yang maut dalam kereta terbakar selepas kenderaan yang dipandu suaminya terbabit dalam kemalangan malam kelmarin, dikatakan sempat memuat naik hantaran di media sosial. 

"Hari ini teman suami pergi appointment dengan pelanggan, semoga dipermudahkan urusan.


"Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami sebaik-baik pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami," katanya dalam video yang dimuat naik di Instagramnya pada jam 3 petang hari kejadian. 


Baca: (Video) 'Allahuakbar! Saya tak tinggalkan awak Yang.. Sumpah saya tak tinggal awak..' - Lelaki meraung, isterinya terbakar dalam kereta


Video itu menunjukkan Nurul Nazihah tersenyum di samping suaminya yang ketika itu sedang memandu. 


Nurul Nazihah juga dikatakan baru saja kembali daripada menunaikan umrah bersama ibu bapanya minggu lalu. 


Dalam kemalangan itu, Nurul Nazihah dilaporkan tersepit dalam kereta sebelum maut ekoran kenderaan itu terbakar dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan, yang turut mengorbankan nyawa seorang lagi mangsa, manakala yang lain termasuk suami Nurul, Redzuan Jamil, 30, berjaya diselamatkan orang awam. 


Menurut Redzuan, Nurul Nazihah meminta dia keluar dahulu ("Awak keluar dulu") sebelum cuba menyelamatkannya, tetapi tidak berjaya ekoran tangki minyak kereta tiba-tiba meletup. 


Foto Harian Metro



"Cubaan saya menyelamatkan isteri dengan memecahkan cermin hadapan kereta dan pintu penumpang hadapan tidak berjaya, malah isteri tersepit di tempat duduk hadapan. 


"Ketika itu tangki minyak kereta tiba-tiba meletup menyebabkan orang ramai menarik saya kerana api terlalu marak. Walaupun api marak, saya tidak merasa bahang panas api, malah isteri juga tidak memanggil nama saya, apatah lagi meraung selepas dia meminta saya keluar menyelamatkan diri dahulu," katanya. 


Jelas Redzuan, sebelum kemalangan itu berlaku semua kenderaan berhenti kerana berlaku kesesakan dan secara  tiba-tiba berlaku impak rempuhan dari belakang yang menyebabkan keretanya dilanggar dengan kuat. 


Semasa kejadian, Redzuan dan Nurul Nazihah bar selesai bertemu dengan pelanggan di Kluang dan dalam perjalanan pke Stadium Sultan Ibrahim untuk menyaksikan JDT menentang Sabah FC. 


"Saya tidak menyangka insiden memilukan ini pula menimpa kami. Kami memang akan berdua ke mana sahaja sejak berkahwin tiga tahun lalu termasuk atas urusan kerja. Saya tidak menyangka isteri pergi dengan cara begini," katanya yang masih sebak dan trauma. 


Menurut sepupunya, Nur Izzah Atikah Jamaluddin, 29, Redzuan masih terkesan dengan kejadian itu sehingga hilang selera makan dan minum. Ketika tidur, Redzuan mengigau memanggil nama isterinya berkali-kali. 


Foto Harian Metro



Sementara itu bapa mangsa, Kamalul Arifin Ahmad, 66, mengakui masih terkejut dengan pemergian anaknya itu. Namun reda apabila diberitahu jasad anaknya ditemui sempurna, seolah-olah sedang duduk antara dua sujud. 

Jenazah Allahyarhamah Nurul Nazihah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, pada jam 3.40 petang semalam, yang turut dihadiri kira-kira lebih 100 sanak saudara dan kenalannya. 


Sumber: Harian Metro


Nak dapatkan info terkini? Join group Telegram The Reporter, KLIK SINI!

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo