Slider

'Saya tertarik, kalau cikgu ada masa kita boleh jumpa' - kata Menteri Pendidikan, tetapi...



Susulan pendedahan guru, Mohd Fadli Salleh, yang mengatakan dirinya bakal dikenakan tindakan tatatertib hanya kerana bersuara mengenai masalah sistem pendidikan negara, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, mahu mengadakan pertemuan dengannya pada bila-bila masa. 


"Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa," katanya dalam hantaran yang dimuat naik di Facebooknya semalam. 


Baca: 'Banyak silibus mengarut, silibus syok sendiri' - Hanya kerana bercakap jujur mengenai sistem pendidikan, guru berdepan dengan tindakan buang kerja / turun pangkat



Bagaimanapun, Mohd Fadli Salleh dalam hantaran balasnya mengatakan, ini kali pertama menteri berkenaan memberi respon terhadapnya biarpun sebelum ini sudah beberapa kali dia cuba mendapatkan perhatiannya. 


"Baru malam ini beliau respon, sedangkan saya berkali-kali tag beliau sebelum ini, saya komen di post beliau, saya komen di page Facebook KPM merujuk pada beliau sejak bertahun lamanya. Tak pernah beliau respon walau sekali. 


"Kenapa agaknya baru malam ini? (Kenapa) bukan masa saya dipanggil Unit Integriti tahun lepas? 


"Rasanya sebab kebangkitan rakyat. Rakyat marah sebab isu ini melibatkan anak-anak mereka juga. Orang ramai marah sebab KPM nak buang kerja kerana kejujuran saya," katanya. 


Namun, Mohd Fadli masih tetap mahu bersangka baik yang Dr Radzi berkemungkin cuba untuk memahami denyut nadi dan luahan akar umbi warga pendidik. Tetapi tidak pula menyatakan persetujuan untuk bertemu dengan menteri berkenaan. 


Dalam masa sama, Mohd Fadli memberi 'amaran' kepada mana-mana pihak terutamanya parti-parti politik untuk menjadikan perkara yang sedang dialaminya itu sebagai modal politik/ 


"Jangan gunakan isu ini sebagai modal politik kalian. Nak bantu sama-sama perjuangkan, silakan. Namun nak jadikan sebagai senjata dan modal politik, saya takkan bersama kalian," katanya.



Sumber: FB Dr Radzi, Mohd Fadli Salleh


Nak dapatkan info terkini? Join group Telegram The Reporter, KLIK SINI!

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo