Slider

"Setakat ini kita PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah tak akan bubar (DUN) sekiranya Parlimen dibubarkan tahun ini." - Mohd Amar Nik



Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan PAS tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri diterajuinya iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu.


Ini kerana PAS mahu memberi fokus untuk memulihkan ekonomi sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Tambahan, tempoh pembubaran DUN Kelantan sehingga Mei 2023.


"Setakat ini kita iaitu parti PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah tak akan bubar (DUN) sekiranya Parlimen dibubarkan tahun ini. Kita akan tunggu tahun depan, tambahan kita ada masa panjang lagi sehingga bulan Mei 2023. 


"Kalau bubar sekarang, kita terbabit dengan musim banjir sebab pengalaman kita di Kelantan ini sentiasa berhadapan dengan banjir. Jadi macam mana nak buat PRU dalam keadaan banjir?


"Seterusnya adalah masalah ekonomi dan sosial rakyat yang sepatutnya lebih diberi fokus oleh kerajaan dalam proses memulihkan ekonomi. Fokus kepada rakyat sebelum PRU, sebab itu kita tak setuju kalau Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat," katanya. 


Sebelum itu, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyatakan pendirian Pakatan Harapan (PH) tidak akan membubarkan tiga negeri di bawah kepimpinan PH kerana soal keselamatan rakyat ketika banjir adalah lebih penting berbanding agenda politik seseorang. 


Sementara itu, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pendirian PH itu sebagai takut berdepan dengan BN yang telah ditolak oleh rakyat. Hal itu diukur berdasarkan jumlah kemenangan BN di beberapa pilihan raya (PRN dan PRK) yang diadakan di beberapa negeri sebelum ini.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo