Slider

'Tindakan tegas jika benar kakitangan terlibat' - KPJ sedang siasat video lelaki pijak hiasan Rangoli



Susulan tular video seorang lelaki memijak hiasan rangoli di media sosial, bahagian Perhubungan Awam KPJ Healthcare Berhad telah tampil mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut. 


Baca: (Video) 'Apa motif pijak hiasan Rangoli?!' - Netizen geram tengok lelaki sengaja pijak & rosakkan hiasan Rangoli


"KPJ Healthcare Berhad ingin memberitahu bahawa kami mengambil maklum mengenai video yang didakwa menggambarkan salah seorang kakitanga kami melakukan tingkah laku yang tidak profesional sedang menular di media sosial. 


"KPJ Healthcare tidak membenarkan sebarang tindakan yang tidak hormat di kalangan kakitangannya dan di dalam mana-mana kawasan hospital. 


"Pihak kami telah melancarkan siasatan dalaman terhadap video itu dan tindakan tegas akan diambil sekiranya kakitangan kami terlibat," kata kenyataan yang baru dikeluarkan itu. 


KPJ juga menegaskan pihaknya amat komited dalam memastikan kakitangannya menunjukkan tahap profesionalisme tertinggi dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan nilai etika yang ditetapkan. 



Terdahulu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang lengkap memakai baju Melayu didapati memijak hiasan rangoli dengan sengaja, malah turut merosakkan hiasan berkenaan yang dibuat sempena Hari Perayaan Deepavali. 


Sumber: Facebook KPJ Healthcare Berhad

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo