Slider

(Video) 'Cinta dan sayang pada anakku Bilal' - Akhirnya Neelofa kongsi gambar anaknya kepada umum



Setelah sekian lama menunggu, Neelofa akhirnya berkongsi gambar anak sulungnya, Muhammad Bilal, untuk tatapan para peminatnya. 


Gambar yang dikongsikan itu bermula dari saat Bilal dilahirkan sehinggalah ke gambarnya yang terkini. 


Video reel yang baru sahaja dimuat naik 10 minit lalu telah meraih lebih dari 30,000 tanda suka, jelas menunjukkan netizen termasuk rakan-rakan artis sangat teruja.


Cinta dan sayang pada anakku Bilal


Antara kecintaan tertinggi & teragung ummi di dalam hidup ini… Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil


Bilal anak ummi sayang..


Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibangdingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah. 


Jika keselesaan yang ditaruhkan.. Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu. Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku. Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah. Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam


Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami… Semoga Afiyyah sentiasa untuknnya. Semoga fakih dia dalam agama… Semoga doanya adalah seperti disebut nabi :ولد صالح يدعو له

Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya

الهم امين



REAKSI NETIZEN





Sumber: Instagram Neelofa


Nak dapatkan info terkini? Join group Telegram The Reporter, KLIK SINI!
none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo