Slider

(Video) 'DBKL kata saya berkuasa kat sini, esok saya tak nak tengok nasi lemak awak di sini, faham?!' - Tular makcik halau peniaga baru kerana takut bersaing



Kata orang, apabila berniaga usahlah timbul perasaan dengki sesama peniaga dan bersaing secara sihat serta sentiasa yakin masing-masing punyai rezeki yang sudah tertulis. 


Malangnya tidak bagi seorang peniaga nasi lemak ini yang memilih untuk menghalau pesaingnya dengan cara yang kasar, bagaikan tidak percaya dengan kemampuan produk jualannya sendiri. 


Tular di media sosial hari ini, seorang peniaga nasi lemak yang baru sahaja memulakan perniagaannya disembur oleh peniaga nasi lemak yang sudah lama bertapak di kawasan itu dengan alasan, kawasan itu merupakan kawasan jajahannya dan tiada sesiapa yang boleh menjual nasi lemak melainkan dia sahaja. 


Malah, makcik itu turut memberi amaran untuk 'berambus' dari kawasan itu dan tidak ingin melihat mereka berniaga di kawasan tersebut. 


"Member aku baru buka kedai nasi lemak, baru sebulan. Tiba-tiba datang makcik ini dengan seorang lelaki, serang kedai dia, maki-maki sebab jual benda sama. 


"Orang baru nak mula meniaga dah kena macam ni pulak," katanya. 


Berdasarkan video berdurasi 50 saat itu, lelaki terbabit menegur tindakan pengadu yang menjual benda yang sama. 


Lelaki: "Sekarang ini isu dia satu je. Awak meniaga benda yang sama dengan benda yang kita jual. Hormatlah sikit peniaga-peniaga yang lain. Masalahnya DBKL dah buat teguran hari tu, pasang khemah kat sini..." 


Makcik: "Saya tak nak bercakap dengan awak banyak-banyak. Saya nak tanya, siapa yang incharge sini? Siapa yang incharge di sini sebenarnya?" 


Peniaga baru: "Sayalah." 


Makcik: "Esok, saya tak nak tengok nasi lemak ini di sini, okey?! Faham? DBKL dah beritahu hari tu kan? Dia cakap saya yang berkuasa kat sini. Saya tak nak tengok nasi lemak awak dijual kat sini." 


Peniaga baru: "Astaghfirullahalazim.." 


Makcik: "Eh tak payah mengucaplah, kalau awak ni... ha."



Di media sosial, netizen mengecam tindakan wanita terbabit yang mengancam pesaingnya, sedangkan masalah itu boleh dibincang secara baik tanpa perlu meninggikan suara, mahupun menghalau peniaga baru itu. 


"Itulah sebab Melayu tak pernah nak maju, tak bersyukur. Kalau itu rezeki kau, kau dapat. Kalau bukan kau, kalehlah ikut mana tetap bukan. Biarlah ia nak jual benda yang sama ke apa. Kau pun jual di tepi jalan je. Kalau cina berniaga, siap support lagi kawan sebelah walaupun sama," kata Cupcake. 


Berlainan pula bagi Fiza yang berpendapat, sepatutnya peniaga baru itu menjual benda yang lain atau meninjau dulu gerai di kawasan itu bagi mengelak berlakukan kejadian seumpama itu. 


"Simple rules kalau nak niaga. Pertama buat tinjauan di kawasan itu, bertanya pada orang di situ boleh tak nak berniaga di sini. Kedua, tengok menu setiap gerai dan kalau sama, elakkan berniaga di situ. 


"Ketiga, kalau nak berniaga di situ juga, buatlah menu yang lain,yang tiada dijual oleh peniaga di situ.


"Mudah saja, buat apa nak bergaduh. Memanglah rezeki masing-masing tetapi mana nak datang rezeki kalau dah jadi begini?" katanya. 


Sumber: Twitter twtcctv

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo