Slider

(Video) 'Nie baru 1% bukti aku tunjuk' - Isteri terajang suami kantoi langgan 'ayam' di hotel



"Ada akta, ada seksyen! Tapi aku diam dan sabar je, ikut step by step. Tetapi dah lampau sangat, mental dan fizikal aku sakit sangat dah," demikian kata seorang wanita yang dikenali sebagai Ayu, mendedahkan video perbuatan curang suaminya bersama 'ayam', di Facebook semalam. 


Menurut Ayu, dia dan keluarganya sudah lama mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan sebarang keyataan mengenai masalah rumah tangga itu. Namun, tindakan suaminya menuduh dia pelacur dan pelbagai lagi tuduhan yang lain membuatkan dia hilang sabar dan nekad mendedahkan video dan gambar tangkap layar WhatsApp suaminya dengan bapa ayam. 


"Aku pelacur? Mung kata aku kat semua orang. Okay, baiklah. Ini baru satu peratus bukti aku tunjuk, tak sepenuhnya. Aku diam... ini tidak, kata yang bukan-bukan kat aku. Mana (bukti) aku jahat, bagi tunjuk kat aku!" katanya. 


Berdasarkan video berdurasi hampir seminit itu, Ayu menyerbu sebuah bilik yang tidak dinyatakan lokasi, menjadi tempat suaminya melampias nafsu bersama seorang wanita yang telah dibayar dengan harga hampir RM300. 


Untuk menonton video, sila klik SINI


Tidak dapat menahan kemarahan diri apabila melihat suaminya hanya memakai seluar pendek, manakala 'ayam' terbabit hanya memakai baju dalam, Ayu tanpa membuang masa terus menyerang mereka berdua. 


Terkejut dengan kedatangan Ayu, si suami hanya mampu menepis dan sesekali terkena pukulan isterinya. Sementara itu, 'ayam' berkenaan juga tidak terlepas. Telinganya ditarik, mukanya ditampar sebelum kedua-duanya diterajang tepi di bahagian perut. 




Difahamkan, kejadian itu berlaku seminggu yang lalu dan Ayu terpaksa mendedahkannya di media sosial kerana berang dengan tuduhan demi tuduhan tidak berasas dilemparkan terhadapnya. 


"Sudah seminggu kes ini, kenapa saya baru viralkan? Sebab mereka dah melampau sangat. Saya duduk diam-diam tetapi keluarga dia seorang pun tak ada muncul, apatah lagi nak memberi semangat jauh sekali. 


"Saya tiada niat nak viralkan... Saya kecewa sangat-sangat. Kalau dia bagi saya cukup makan tak apa, ini tidak.. bil elektrik, air, kereta dan hutang sana sini. Saya ni dah bersabar banyak hidup dengan dia," katanya. 





Dalam pada itu juga, Ayu menafikan dakwaan kononnya dia tidak memberi nafkah batin sehingga menyebabkan suaminya 'makan ayam' di luar. Ayu juga mendakwa dia mempunyai bukti kukuh bahawa lelaki itu melanggan pelacur melalui WhatsApp dan bermain judi online. 







Sumber: Facebook Ayu


Nak dapatkan info terkini? Join group Telegram The Reporter, KLIK SINI!
none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo