Slider

(Video) Terlepas susur keluar, rider superbike brek mengejut di lorong kanan dilanggar Almera



Malang tak berbau. Sebuah kereta jenis Nissan Almera terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.27 pagi Ahad, 2 Oktober 2022. 


Berdasarkan video dashcam milik saksi kejadian, John Kiew, menunjukkan kejadian itu berlaku berhampiran susur keluar Exit 214, Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Kuala Lumpur.


Difahamkan, penunggang superbike berkenaan sedang konvoi bersama tujuh rakannya yang dipercayai dalam perjalanan menuju ke arah Damansara atau Klang. 


Lelaki itu yang berada di posisi ketujuh tertinggal di belakang lalu memecut laju di lorong kanan sebelum bertindak memotong kereta Almera. 


Bagaimanapun, sebaik saja menyedari enam rakannya masuk ke Exit 214, dia menekan brek menyebabkan pemandu Almera tidak sempat memberhentikan kenderaan lalu berlaku perlanggaran dan bahagian depan Almera terloncat-loncat beberapa kali seperti kereta Lowrider Hydraulic Car (Alaa.. kereta macam Snoop Dog punya tu). 


Akibat kemalangan itu, kereta Almera mengalami kerosakan di bahagian depan, manakala motosikal itu pula rosak teruk di bahagian tayar belakang. 



Kedua-dua mangsa kemalangan dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan. Video kejadian itu turut tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen. 


"Budaya konvoi yang menyusahkan semua pengguna jalan raya. Bukan dia seorang saja, ramai orang kita ni batak sangat nak berkonvoi, pastu nak bersaing atas jalan. Bila tersalah jalan, seboleh-bolehnya nak patah balik," kata Hailme. 


"Nasib baik tak ada kereta laju di belakang owner dashcam ni. Kalau tak, habis sapu semua sebab dia terpaksa slow atau brek kecemasan tengok kereta berjoget depan dia," kata Pika.


"Dah terlepas exit la tu. Pergi brek kat lane kanan bat apa, benak betul lah menyusahkan orang lain," kata Hilman. 


Sumber: Facebook John Kiew

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo