Slider

(Video) 'Uishh! Kenapa jahat sangat?!' - Biker aniaya 2 pemuda sampai terjatuh dari motosikal



Tular di media sosial, seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya terjatuh akibat di dianiaya oleh seorang penunggang motosikal berkuasa besar. 


Menurut sumber, kejadian itu berlaku berhampiran Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) di Jalan Kauntan-Pekan kira-kira jam 6.30 petang. Tetapi tarikh kejadian tidak dinyatakan.


Berdasarkan video berdurasi 30 saat tersebut, mangsa terdahulu memasuki lorong kanan untuk memotong kenderaan saksi yang berada di lorong tengah. 


Bagaimanapun, tindakan dua pemuda itu dipercayai telah menyebabkan suspek yang sedang menunggang dengan kelajuan tinggi di lorong kanan, terpaksa memperlahankan kenderaannya. 


Tidak berpuas hati dengan hal itu, suspek telah merapati kedua-dua mangsa dan dilihat cuba menendang motosikal mereka. 


Suspek kemudian dengan sengaja telah menolak motosikal mangsa yang menyebabkan mereka terjatuh dan suspek terus melarikan diri. 



Difahamkan, kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius dan telah tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.


Video kejadian itu turut tular di media sosial. Suspek telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk memberi keterangannya sebelum ditahan untuk siasatan lanjutnya. 





Sumber: Twitter DoqTahu

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo