Slider

(Video) 'Wei budak sekolah buat video pun lagi nice' - Netizen kritik video tips PRU15 dari SPR



Baru beberapa jam yang lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia memuat naik video perkongsian tips mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di akaun media sosialnya.


Bagaimanapun, video berdurasi 29 saat yang melibatkan dua wanita dan tiga lelaki itu mengundang kritikan netizen yang menganggap video tersebut tidak berkualiti dan tidak kreatif. 

 

Malah, netizen berpendapat video penjelasan mengenai PRU dan hak seseorang pengundi dari aktivis Fahmi Reza jauh lebih menarik dan mudah difahami. 



"Saya fikir pakcik buruh ladang buat content TikTok jauh lebih baik dari ini," kata Roman Akramovich. 


"Wei budak sekolah buat video pun lagi nice. Apa ni tulis atas kertas with freehand, pastu video laju. Langsung tak sampai is objektif. Embarrassing teruk!" kata Acrocodia. 


"Fahmi Reza punya TikTok lagi berkesan dari SPR, adoi la," kata Azryn. 


@kuasasiswa Kelas Demokrasi untuk pengundi baru #KelasDemokrasi #PRU15 #GE15 ♬ original sound - Fahmi Reza
@kuasasiswa Kuasa di tangan rakyat #PRU15 #GE15 ♬ original sound - Fahmi Reza


"Ini bukan effortless, ini tiada effort langsung. Patutnya SPR perlu explain kepentingan mengundi, SOP di tempat mengundi, mitigation plan kalau berlaku banjir," kata Erman Yahya. 


"Dahlah off comment, memang mengundang tau @sprgovmy nih! Content kucing lagi best dari ni ye. O creativity!!" kata Ayu. 


Sumber: Twitter Roman Akramovich, Twitter SPRGOVMY

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo