Slider

(Video) 'Yang khianat ni Anwar Ibrahim, dulu dia...' - Kutuk Anwar di pentas, Tajuddin cuak bila moderator kata Anwar dalam talian



Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi. Lantaran itu juga, pelbagai analogi-analogi dan polemik diutarakan bukan sahaja di kedai-kedai kopi malahan semakin rancak di semua platform media sosial antara penyokong pihak kerajaan mahupun pembangkang. 


Tular satu video di Twitter,  satu wawancara bersama Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin yang dianjurkan oleh pihak Sinar Harian berkenaan dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang. 


“Yang khianat ni, Anwar Ibrahim. Dia ni dekat pada orang Melayu. Saya bersama- sama Anwar Ibrahim dalam pemuda UMNO. Saya penyokong kuat dia dulu. Dulu dia tak macam ni. Dulu dia menjaga kepentingan Melayu, Islam. Tapi sekarang ni kepentingan siapa yang dia jaga,” katanya.


Wawancara tersebut berhenti seketika apabila moderator dengan berseloroh mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam talian dan menyebabkan Datuk Seri Tajuddin kelihatan terkejut dengan situasi tersebut. 


“Datuk Seri, kita ada Datuk Seri Anwar Ibrahim di panggilan…” kata moderator itu.


Dalam wawacara tersebut juga, Datuk Seri Tajuddin turut mengulas mengenai bekas Menteri Kewangan Lim Guang Eng.


“Pejabat Menteri Kewangan tu dah jadi gaya macam tokong cina. Yang banyak pergi seluar pendek. Mana ada orang melayu masuk pejabat MOF pada masa tu.


“MOF pada masa tu diletak dalam semua bilik. Takde buat kerja. Dia bawak satu team baru, semua budak- budak dia. Jadi itu sebabnya kita tak boleh biarkan parti PH ni terus memerintah. Hidup Melayu,” katanya. 


Kenyataan yang dibuat oleh Tajuddin itu disangkal oleh pekerja MOF dan menafikan segala bentuk hiasan yang didakwa.


“Saya kerja dengan menteri MOF selama 4 bulan selepas pembangkang ambil alih kerajaan. Melayu ramai je, masa hari raya setiap department buat open house. Pejabat menteri tu takde hiasan apa, default dari menteri lama. Team dia semua bangsa ada dan hari-hari sibuk selalu kena balik lambat,” katanya.


Seorang lagi pemuda juga berkongsi mengenai bapanya yang pernah bekerja dengan Lim Guang Eng suatu ketika dulu di mana Guan Eng adalah Ketua Menteri di Pulau Pinang.


“If there's any late night meeting, he will make sure yang muslim dah solat maghrib or isyak before he proceed with the meeting. If dia dengar azan, dia akan stop the meeting. He really appreciate gov. servant yang kerja and contribute dekat Penang. Even in that time Setiausaha Negeri orang  Melayu,” katanya.


Tambahnya lagi, sepanjang perkhidmatan di Pulau Pinang, bapanya pernah dianugerahkan khidmat cemerlang.


“In 3 year's in service dekat Penang, abah was awarded a medal and anugerah cemerlang. 


Ini apa yang abah share.


“Jangan gunakan "Hidup Melayu" as excuse to be racist. To gain people's respect, you kena respect orang jugak,” katanya. 


Sumber: Kartunis Gandum, Ayie

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo