Slider

Wanita maut dibunuh kerana tolak ajakan jiran untuk lakukan hubungan badan



Seorang wanita berusia 27 tahun dibunuh hanya kerana menolak ajakan seorang jirannya (saudara jauh) untuk melakukan hubungan intim dalam kejadian di Desa Karangrejo, Kecamatan Kandat, Jawa Timur, Indonesia. 


Mangsa, Melissa Dyah Wahyuni, menolak ajakan jirannya yang juga merupakan rakan suaminya, Trimo Sasmito, 37, untuk melakukan hubungan terlarang itu. 


Ketua Unit Jenayah Am, Siasatan Jenayah Kediri, Dobi Hariyandri berkata, kejadian itu berlaku pada pertengahan Ogos 2022. 


Siasatan awal mendapati, Trimo mempelawa Melissa pergi ke 'rumah orang pintar' untuk membincangkan masalah keluarga, dengan menunggang motosikal. 


Tetapi di pertengahan jalan, Trimo memberhentikan motosikal di kawasan sawah, lalu mengajak Melissa melakukan hubungan terlarang. Tetapi Melissa menolak, menyebabkan Trimo bengang lalu mencekiknya sehingga mati. 


Trimo kemudian membuang mayat mangsa di tepi sungai berhampiran. Mayat mangsa ditemui oleh orang awam pada 22 Ogos 2022, beberapa hari selepas kejadian itu.


Susulan penemuan mayat mangsa, polis telah menahan Trimo yang kini berdepan dengan hukuman penjara selama 20 tahun. 


Sumber: Kompas

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo