Slider

Wanita terkejut rumahnya disita, hartanya dibuang oleh pihak bank yang tersilap sita rumah



Awal September lalu, pihak Bank Simpanan Kerajaan Thailand telah menghantar seorang wakil (bailif) untuk menyita sebuah kediaman di Wanasiri Park View Village pada 5 September. 


Bailif berkenaan kemudian menukar semua kunci pintu dan merampas segala harta benda dalam kediaman itu, malah menebang pokok hiasan.


Selain itu, seorang individu yang juga dipercayai bailif telah tinggal di rumah itu dan menggunakan bekalan air dan elektriknya selama empat hari. 


Kain rentang yang menyatakan larangan menceroboh, harta bank dan rumah itu untuk dijual turut digantung pada pagar depan rumah. 


Bagaimanapun, nombor rumah yang ditulis pada kain rentang itu adalah rumah bernombor 99/44. Sedangkan nombor rumah itu adalah bernombor 99/38. 


Perkara itu disedari oleh jiran lalu menghubunginya pemilik rumah pada 15 September dan bertanya kepadanya mengenai apa yang telah berlaku. 


Pemilik rumah, Kanchana, yang ketika itu tinggal di rumah lain bergegas ke rumahnya itu dan bagaikan tidak percaya apabila datang ke rumah tersebut. Dia mendapati kunci pintu utama telah ditukar dan semua barangannya telah dirampas. Sedangkan selama ini Kenchana tidak pernah berhutang atau disaman sepanjang hidupnya. 


Kanchana terus menghubungi pihak bank dan kakitangan memaklumkan pihaknya akan menghubungi dia semula dalam masa tiga hari bekerja. 


Keesokan harinya, Kanchana membuat laporan dan polis membantunya menghubungi pasukan undang-undang bank dengan segera. 


18 September, wakil dari bank itu menghubungi Kanchana dan memohon maaf di atas kesilapan mereka. Bank berkenaan telah menjemput Kanchana untuk berbincang mengenai perkara itu dengan lebih lanjut pada 20 September di Balai Polis. 


Bank menganggarkan jumlah kerosakan yang dialami oleh Kanchana berjumlah kira-kira 2.2 juta baht atau RM271,552. Beberapa barangan seperti pakaian, buku, gambar keluarga, barang koleksi, barangan milik anak-anak Kanchana dan lain-lain yang mempunyai nilai sentimental telah dimusnahkan oleh bailif. 


Kanchana masih menunggu pampasan dari pihak bank walaupun sudah sebulan menunggu. 


Sumber: Thaigers

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo