Slider

'YouTuber camni elok ditidurkan jer' - Netizen selar YouTuber Upload video palsu diserang pembuli jalanan



Baru-baru ini tular di media sosial video sepasang suami isteri diserang oleh pembuli jalanan yang dilaporkan berlaku di Jalan Putatan, Sabah, yang mengundang banyak reaksi netizen. 


Dalam video tersebut menunjukkan pemandu kereta Perodua Myvi menggunakan senjata berupakan batang besi memukul kereta Proton Pesona yang dinaiki pasangan terbabit. 


Pemandu Proton Pesona juga cuba keluar dari kenderaan untuk berdepan dengan pemandu Myvi, tetapi dihalang oleh isterinya. 


Bagaimanapun siasatan polis mendapati, video tersebut hanyalah sekadar content di media sosial bagi meraih jumlah view yang tinggi di YouTube. 


Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, susulan penularan video itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah memanggil pemandu Proton Pesona yang juga YouTuber hadir ke balai untuk memberi keterangan. 



Dalam siasatan itu, lelaki terbabit mengakui video itu dimuat naik di laman YouTube pada 24 Oktober lalu hanya sekadar content yang dirancang untuk menarik perhatian netizen dan sekali gus mendapat jumlah tontonan yang tinggi (yang akhirnya memberi keuntungan). 


"Ia hanya sekadar lakonan untuk meraih jumlah 'viewer' yang tinggi. Satu kertas siasatan polis telah dibuka mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya. 


Di media sosial, netizen menyelar tindakan YouTuber berkenaan yang menerbitkan content sampah semata-mata untuk meraih keuntungan dari perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.




Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo