Slider

'Abang Johari buat keputusan sewenang-wenangnya' - Ahli GPS tak setuju sokong PN bentuk Kerajaan Persekutuan kerana...



Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Abang Openg semalam memaklumkan, GPS bersama dengan Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, sekali gus menyokong Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri ke-10. 


Namun, dalam laporan The Vibes pula melaporkan yang sebaliknya di mana ada ahli GPS yang kurang gembira menjalinkan kerjasama dengan PN. 


Menurut sumber The Vibes, timbulkan rasa  kurang senang itu kerana bimbang dengan PAS dan naratif anti-Kristian yang dimainkan oleh Muhyiddin pada waktu akhir kempen PRU15. 


Beberapa hari sebelum hari pembuangan undi, Muhyiddin mendakwa wujudkan agenda mengkristiankan Malaysia yang ditaja oleh PH. 


"Kami tidak dirujuk mengenai perkara ini dan nampaknya Abang Johari membuat keputusan sewenang-wenangnya," kata sumber. 


Anggota parti juga berharap Abang Johari tidak membantu parti ekstrem Malaya itu berkuasa di Putrajaya. 


"Kami menghadapi kesukaran untuk menjelaskan kepada ahli kami mengapa GPS terikat dengan Pas dan Bersatu. 


"Politik mereka tidak konsisten dengan nilai-nilai rakyat di Sarawak," katanya. 


Difahamkan, semenjak Abang Johari membuat keputusan itu, netizen di media sosial melahirkan rasa kecewa terhadap Abang Johari. 


"GPS telah menjual Sarawak dalam keghairahan untuk menjadi king maker," kata netizen. 


Sementara itu, Ketua Penerangan PH Sarawak, Abun Sui berkata, GPS akan membuat kesilapan besar jika ia membantu Pas dan Bersatu membentuk kerajaan persekutuan kerana kedua-dua parti Malaya ini telah menggunakan propaganda melampau pada PRU15. 


Beliau berkata, Abang Johari tidak boleh tunduk kepada tekanan daripada pemimpin PN dan sekiranya berlaku, ia akan menjadi bencana bagi GPS. 


"Bekerjasama dengan pihak yang mempunyai agenda eksrem, berasaskan kaum dan agama dan meletakkan parti sebegini berkuasa dalam pentadbiran negara adalah satu kesilapan yang akan dikesali oleh GPS," katanya. 


Sumber: The Vibes

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo