Slider

Akaun Twitter Trump dikembalikan, raih 1.9 juta followers



Akaun Twitter Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semakin pantas mengumpul pengikut dengan 1.3 juta pengikut baharu direkodkan dalam tempoh 40 minit sahaja, lapor Sputnik.


Pada Sabtu, Twitter menarik balik sekatan terhadap akaun Trump yang disekat sejak tahun lalu berikutan peristiwa 6 Januari 2021 di Capitol AS.


Akaun Twitter @realDonaldTrump kini mempunyai lebih 1.9 juta pengikut, walaupun Trump sendiri belum menulis sebarang ciapan baharu.


Sebelum ini, akaun itu hanya mempunyai lebih 320,000 pengikut.


Ketika akaun Trump disekat pada 8 Januari 2021 akaun itu mempunyai hampir 90 juta pengikut.


Trump disekat daripada Twitter dan Facebook selepas kejadian rusuhan Capitol pada 6 Januari 2021.


Platform berkenaan menganggap hantaran Trump mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan dan melanggar dasar mereka.


Bekas presiden itu kemudiannya melancarkan rangkaian sosial baharu Truth Social bagi melawan tapisan Big Tech dan melindungi hak kebebasan bersuara.


Sumber: Bernama

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo