Slider

'Azmin Ali pengkhianat mesti diterajang keluar dari Gombak!' - Anwar gesa pengundi tumbangkan bekas timbalannya



Presiden PKR, Anwar Ibrahim menggesa penduduk di Gombak terajang pengkhianat yang juga dalang utama dalam Langkah Sheraton menyebabkan kerajaan PH hanya berkesempatan mentadbir Putrajaya selama 22 bulan. 


Ketika berucap di hadapan 5,000 hadirin di ceramah mega PH di Gombak malam tadi, Anwar berkata, dia teringin melihat bekas timbalannya, Azmin Ali, yang digelar sebagai pengkhianat itu ditumbangkan dengan teruk dalam PRU15 kali ini agar menjadi pengajaran di masa akan datang. 


"Saya memang pilih untuk datang ke Gombak, untuk ajak pengkhianat ditendang keluar dari Gombak! Apa jenis manusia (Azmin). Diangkat oleh rakyat di bawah, diangkat oleh parti yang berjuang, kemudian gila dengan jawatan, gila dengan kekayaan dan sanggup khianat amanah sendiri. 


"Saya chief dan saya cakap yang khianat mesti diterajang keluar dari Gombak!


"Sebelum tadi, saya di Ampang.. tengok calon (Zuraidah) pergi menghampiri kereta (raih undi). Haaaaaaa! Baru kamu tahu! Elok-elok orang angkat, kamu khianat, jatuhkan mandat rakyat sedangkan rakyat pilih Harapan. 


"Dalam sejarah Melayu tentang kisah si Kitol bila didapati mengkhianat dan memfitnah, dia disula sampai mati. Sejarah Melayu mengajar kita, jangan menjadi pengkhianat. 


"Saya tanya seorang Cina di Perak, orang Cina pada masa dulu kalau didapati mengkhianat, bikin apa? Dia buat 'zappp' (pancung kepala). 


"Kita takkan sula, tetapi kita akan campak pengkhianat Azmin Ali dari Gombak. Biar dia kalah teruk di Gombak. Biar jadi pengajaran kepada anak-anak bangsa Melayu di masa akan datang. Jangan layan, terima orang yang mengkhianati amanah (rakyat).


Pada 2020, Azmin dan sembilan ahli parlimen PKR berpaling tadah meninggalkan parti itu bersama Bersatu keluar dari PH, untuk membentuk kerajaan baru pimpinan Muhyiddin Yassin. 


Azmin sebelum ini menggelar Anwar sebagai 'bapa pengkhianat' susulan peranannya dalam PRK Kajang pada 2014 dan PRK Port Dickson pada 2018. Dua PRK tersebut dirancang untuk menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor dan Perdana Menteri.


Sumber: MalaysiaKini

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo