Slider

Banyak tempat dah mula dilanda banjir, Nurul Izzah gesa SPR buat keputusan sama ada tangguh atau teruskan PRU15



Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan segera sama ada PRU15 diteruskan atau ditangguhkan berikutan beberapa kawasan telah dilanda banjir. 


Beliau berkata, SPR perlu membuat keputusan penting itu untuk memudahkan calon dan pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka menjelang hari pengundian pada Sabtu, 19 November ini. 


"Saya rasa penting untuk memahami urusan pilihan raya, yang mana ada peruntukan untuk menunda. Bukan buat pilihan raya semula, tetapi menunda. 


"Yang mendesak dan minta pilihan raya ini diteruskan adalah UMNO dan Barisan Nasional (BN). Jadi apabila diteruskan, hendak pilihan raya, maka kita hormati proses itu. 


"Sama juga proses kalau perlu tunda, contoh di kawasan seperti Klang (Selangor) yang ketika ini sudah banjir, maka perlu buat keputusan sekarang bagi memudahkan calon yang bertanding dan juga pengundi," katanya. 


Kenyataan Nurul Izzah turut disokong oleh Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, Goh Choon Aik yang memaklumkan banyak lokasi telah mula dinaiki air termasuk kawasan sekolah yang dijadikan sebagai tempat membuang undi. 


"Ini penting, jangan tunggu saat-saat kahir baru nak buat keputusan untuk tangguh pilihan raya," tegasnya. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo