Slider

'Biar DAP berkorban untuk negara' - Veteran saran DAP tak sertai PH gabung dengan parti lain untuk bentuk kerajaan



Pemimpin veteran DAP mencadangkan agar DAP tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) yang akan bergabung dengan parti-parti lain bagi membentuk kerajaan persekutuan. 


ADUN Bandar Baru Klang, Teng Chang Kim berkata, keputusan PRU15 menyaksikan tiada gabungan yang mendapat majoriti mudah, meletakkan negara berada di persimpangan genting yang memerlukan rakyat disatukan. 


"Kita (DAP) perlu menjadi pihak yang ke depan dalam memberi penyelesaian jika pihak lain melihat kita sebagai penghalang kepada wujudnya sebuah gabungan yang kuat. 


"Biarkan PKR, Amanah, MCA, MIC, GPS dan GRS mengambil tempat yang kita berhak dalam kerajaan," katanya yang membayangkan sokongan untuk PH bekerjasama dengan BN. 


Dengan pengorbanan DAP itu akan menjadi satu sumbangan besar kepada negara. 


Berlainan pula dengan Lim Kit Siang yang mencadangkan agar PH bergabungan dengan PN, GPS dan GRS untuk membentuk kerajaan bersama di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. 


"Saya cadang kerajaan gabungan PH, PN dan blok Borneo di bawah pimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri untuk membentuk sebuah gabungan bagi memulihkan kemerosotan Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia dan untuk melawan rasuah. 


"Gabungan untuk menjadikan Malaysia hebat ini akan mempunyai 190 orang ahli Parlimen yang melebihi dua pertiga dari 222 kerusi Dewan Rakyat," katanya. 


Apa pandangan anda?


Sumber: MalaysiaKini

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo