Slider

Bibir terkoyak teruk akibat digigit anjing peliharaan yang tiba-tiba mengganas



Seorang wanita terpaksa melepaskan anjingnya yang pernah diselamatkan dari jalanan selepas haiwan itu yang sebelum ini ceria dan suka bermain, tiba-tiba bertukar menjadi ganas sehingga telah merobekkan mulutnya. 


Sadee Duernberger, 21, sebelum kejadian sedang membelai anjing yang diberi nama Alice sebelum haiwan itu tiba-tiba membentak dan menggigit mulutnya sehingga mengalami bibir dan sebahagian kecil pipi mangsa terkoyak. 


Mangsa yang mengalami kecederaan serius dikejarkan ke hospital untuk dijahit semula oleh pakar bedah plastik. 


"Masa itu saya baring dan tidak ingat apa yang berlaku seterusnya. Saya tidak tahu sama ada saya membuat pergerakan secara tiba-tiba. Tetapi perkara seterusnya yang saya tahu, giginya berada di muka saya. 


"Saya fikir, mungkin saya terlalu dekat dengan ruang peribadinya dan dia ketakutan dan mencetus tindakannya untuk melindungi diri. Saya terkejut, semuanya berlaku dengan begitu pantas. 


"Saya menarik dia dari terus menggigit, tanpa mengetahui betapa teruknya kecederaan yang dialami. Sebaik saja melihat darah, saya berlari ke bilik untuk melihat keadaan muka di cermin. 


"Kecederaan saya sangat teruk, bibir atas dan bawah dan sebahagian daripada dagu saya tercabut. Lantai dipenuhi dengan darah," katanya. 


Meskipun kecederaannya semakin pulih, namun kesan kecederaan itu masih jelas kelihatan dan sudah pasti akan mengambil masa yang lama untuk kembali seperti sediakala. 


Bercakap mengenai Alice, Duernberger faham bahawa anjing itu pernah didera sebelum ini dan dia tidak tahu anjing itu berkelakuan seperti itu semasa menyelamatkannya. 


"Saya tidak mahu melepaskannya, tetapi selepas apa yang berlaku, saya tidak ada banyak pilihan. Pasti menyedihkan tetapi saya juga gembira apabila dimaklumkan bahawa Alice akan mendapat bantuan," katanya. 


Sumber: Daily Star

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo