Slider

'BN bergabung dengan parti/gabungan lain, MKT yang akan putuskan' - Mohamad Hasan



Hasrat rakyat atau penyokong parti politik untuk melihat parti pilihan masing-masing menang PRU15 secara bersendirian mungkin terpaksa dilupakan susulan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan mengatakan keputusan pergabungan Barisan Nasional (BN) dengan parti lain selepas PRU15 adalah di bawah kuasa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.


Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin, mengatakan Perikatan Nasional (PN) mungkin akan bergabung dengan BN selepas PRU15 untuk membentuk kerajaan campuran jika gagal memenangi PRU15 secara bersendirian. 


Bagaimanapun, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menyanggah kenyataan Takiyuddin itu dan menjelaskan dia tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian. 


Malah Muhyiddin tegas mengatakan bahawa PN yang dianggotai tiga parti iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan, bertanding bersendirian untuk menentang BN dan Pakatan Harapan (PH). 


Mohammad berkata, keputusan berkaitan penggabungan BN dengan parti atau gabungan lain selepas PRU15 tidak boleh diputuskan oleh seseorang dalam parti. Sebaliknya keputusan itu akan dibuat oleh MKT. 


"Ada yang memberitahu saya bahawa BN hendak bergabung dengan PH selepas PRU, dia kata Datuk Seri Zahid Hamidi nak buat. 


"Saya kata itu bukan keputusan satu orang. Keputusan nak bergabung dengan sesiapa, keputusan parti nak menghala tuju ke mana, tidak boleh diputuskan oleh satu orang. Sekurang-kurangnya kami berlima. 


"Dan Biro Politik yang kemudian diperakukan oleh MKT kerana MKT adalah kuasa terbesar parti jika dalam keadaan tiada perhimpunan agung. Jadi, jangan dengar cakap orang," katanya. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo