Slider

'BN boleh jadi rakan mesra kepada mana-mana gabungan untuk bentuk Kerajaan Persekutuan tetapi dengan syarat' - Noraini



Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Noraini Ahmad berkata, BN boleh menjadi rakan mesra kepada mana-mana gabungan politik sekiranya diperlukan untuk menubuh Kerajaan Persekutuan, tetapi dengan syarat. 


"Keputusan menjadi rakan mesra parti kerajaan perlu dibuat secara bersyarat di mana BN diberi kebebasan dalam berbahas, menyokong atau menolak sebagai blok neutral untuk check and balance bagi apa sahaja usul yang dibentang atau dicadangkan oleh kerajaan. 


"BN juga diminta supaya tidak meruntuhkan mana-mana gabungan politik kerajaan yang sudah terbentuk sehingga Parlimen dibubarkan, selagi mana gabungan politik itu masih menjunjung tinggi semangat Perlembagaan dan kestabilan politik negara," katanya. 


BN yang hanya memenangi 30 kerusi di PRU15, kini menjadi King Maker dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN). 


Terdahulu, Muhyiddin mendakwa beliau mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan dan akan diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10 pada petang ini. 


Sementara itu, Anwar Ibrahim juga mendakwa mempunyai majoriti dan meminta media menunggu pihak yang menyokongnya menjadi Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan sendiri.


PH dan PN dikehendaki menghantar senarai nama Ahli Parlimen yang menyokong mereka ke Istana Negara sebelum jam 2 petang ini. Sebaik saja diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Majlis Angkat Sumpah Perdana Menteri akan diadakan pada jam 4 petang. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo