Slider

BN minta Istana Negara lanjutkan tempoh untuk sokong siapa jadi PM ke-10, perlu bincang syarat dengan PH

Foto The Vibes



Selepas perjumpaan di antara pemimpin PH dan BN, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berharap Istana Negara melanjutkan tempoh untuk mereka membuat keputusan untuk menyokong siapa yang akan menjadi perdana menteri. 


Ini kerana peraturan parti menetapkan bahawa hanya Majlis Tertinggi BN boleh membuat keputusan itu untuk ahli Parlimen BN. 


Dan sebelum keputusan itu dibuat, sebuah jawatankuasa yang mungkin akan melibatkan PH akan ditubuhkan bagi membincangkan syarat-syarat pembentukan kerajaan baru. 


Dalam perjumpaan itu, hanya 27 Ahli Parlimen BN yang hadir, manakala dua ahli Parlimen dari Jelebu dan Kuala Pilah tidak dapat hadir kerana sakit. Manakala Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein tetap dengan pendiriannya menolak kerjasama dengan PH. 


Hishamuddin menerusi hantarannya di Facebook berkata, "Saya rela dipecat oleh parti, namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini. No Anwar, No DAP. Pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan," tegasnya. 


Semalam, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata tiada salahnya jika Ahli Parlimen BN menyokongnya sebagai perdana menteri. Malah, tidak menyalahi dari segi akta anti lompat parti. 


Bagaimanapun, Zahid menyangkal kenyataan itu dan menegaskan mana-mana Ahli Parlimen BN yang menandatangani sebarang dokumen terutama akuan bersumpah untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah dan melanggar Perlembagaan parti.


Sehingga ke waktu ini, BN tidak melakuan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak termasuk Perikatan Nasional. 


Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo