Slider

'Bukan rezeki saya' - Rina Harun reda & terima kekalahan di Sepang



"Saya optimis dapat menambat hati semua pengundi di Sepang dan yakin akan menang PRU15 bagi kerusi Parlimen Sepang," demikian kata Rina Harun, sehari sebelum hari pembuangan undi. 


Bagaimanapun, keputusan PRU15 bagi kerusi Parlimen Sepang menunjukkan, Rina Harun (PN) tewas kepada calon PH, Aiman Athirah, yang berjaya meraih 8,949 undi majoriti. 


Susulan kecundang di Sepang, Rina berkata dia reda dan menerima kekalahan itu. Tetapi tetap berbangga kerana telah berusaha untuk kampung halamannya. 


"Alhamdulillah, walaupun tidak diberikan mandat untuk memacu Sepang, saya berbangga atas segala usaha yang telah dicurahkan kepada kampung halaman saya selama ini. 


"Terima kasih buat seluruh pengundi yang mengundi saya dalam PRU15. Cuma bukan rezeki untuk saya berkhidmat buat anda kali ini," katanya.


Rina turut berterima kasih kepada jentera-jentera PN yang telah membantunya dalam kempen PRU15. 

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo