Slider

'Cadangan benarkan pengeluaran KWSP kali ketiga hanya untuk tarik undi' - Zahid Hamidi



Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, pihaknya tidak akan menawarkan satu lagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana enggan menggunakan taktik murahan itu tanpa disedari rakyat sedari bahawa wang mereka diperalatkan untuk tujuan memancing undi.


Perbuatan itu disifatkan sebagai tidak jujur kerana cuba memperalatkan wang simpanan rakya sebagai modal untuk memancing undi. 


BN katanya, lebih gemar tampil dengan tawaran yang lebih rasional serta berkesan untuk membantu rakyat. 


"Pengeluaran KWSP hanya bersifat one-off. Jika ada keperluan untuk satu lagi pengeluaran KWSP di masa depan, perlulah atas sebab yang jujur. 


"Ya, memang benar bahawa BN pernah mendesak rakyat dibenar mengeluarkan wang KWSP sebelum ini. Namun ia adalah pada waktu mendesak. Sewaktu rakyat kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat PKP yang paling lama dalam dunia oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN)," katanya. 


Tegasnya, BN pada PRU15 ini melalui Pelan Amal dan Usaha (PADU) menawarkan skim Bantuan Pendapatan Asas atau Assistive Basic Income yang bersifat jangka masa panjang berbanding pemberian satu lagi pengeluaran one-off KWSP. 


Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata pihaknya akan mempertimbangkan pengeluaran kali ketiga KWSP secara bersasar sekiranya diberi mandat penuh oleh rakya pada PRU15 ini untuk menjadi kerajaan mentadbir Putrajaya, walaupun perkara itu tidak termaktub dalam manifesto PN. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo