Slider

'Dah cukup 112, biar parti berkenaan keluarkan kenyataan sendiri' - Anwar yakin PH berpeluang bentuk kerajaan persekutuan tetapi...

Foto Utusan Malaysia



Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim menegaskan pihaknya mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan, tatkala Perikatan Nasional (PN) berulang kali mengatakan mereka juga mempunyai sokongan untuk berbuat demikian. 


Jelas Anwar, gabungan baharu itu akan mengikut proses yang ditetapkan dan beliau yakin mereka akan diberi peluang untuk mentadbir negara ini dan beliau juga akan menjadi perdana meneri. 


"Semalam dah cukup bilangan 112 (ahli parlimen). Biar parti berkenaan keluarkan kenyataan sendiri dalam masa singkat, sama ada malam ini atau esok," katanya. 


Keputusan rasmi PRU15 menunjukkan PH memiliki 82 kerusi, PN dengan 73 kerusi dan BN hanya mampu memenangi 30 kerusi. 


Sebelum itu, Muhyiddin semalam memaklumkan pihaknya yakin akan mendapat sokongan yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. 


Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut mengumumkan sokongannya terhadap PN, bersama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan juga Barisan Nasional (BN). 


BN bagaimanapun tampil menafikan dakwaan itu dan menegaskan mereka tidak pernah berunding dengan GPS ataupun BN.


Menggulas mengenai dakwaan akan bergabung dengan BN, Muhyiddin berkata beliau tidak pernah menyebut akan bergabung dengan BN, tetapi pihak yang menyokong PN membentuk kerajaan persekutuan adalah GPS, GRS dan sejumlah ahli parlimen yang tidak dinamakan daripada gabungan mana. 


"Beberapa orang ahli Dewan Rakyat lain juga telah memberikan komitmen yang sama," kata Muhyiddin. 


Spekulasi mengatakan, ahli parlimen yang dikatakan itu adalah daripada kalangan pemimpin BN. Namun bukan kesemua daripada 30 ahli parlimen berkenaan yang menyokong PN. 


Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo