Slider

'Dah setahun suami tak sentuh saya sebab saya gemuk' - Isteri kecewa, suami rela layan video 'dewasa' berbanding dirinya

Foto sekadar hiasan sahaja


Seorang surirumah berusia 29 tahun meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya yang didakwa enggan 'menyentuhnya' sejak setahun yang lalu hanya kerana berat badannya meningkat secara mendadak selepas melahirkan anak. 


Lebih teruk lagi, lelaki itu dikatakan lebih rela melayan video-video lucah berbanding memberi nafkah batin kepada isterinya sendiri.


"Saya berumur 29 tahun dan suami, 33 tahun. Kami sudah mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu dan dikurniakan seorang anak. Saya mula mengenali suami ketika dia kerja offshore. Orangnya tinggi, hitam manis sikit, kurus dan tegap. Berbeza dengan saya yang dari zaman anak dara memang dah berat. 


"Tinggi saya 154 sentimeter, berat 85 kilogram (kg), berkulit cerah, punyai lesung pipit dan mungkin sebab itu dia tertarik dengan saya. Cuma itulah, saya gemuk sangat pada waktu itu," katanya. 


Jelas surirumah itu lagi, sebelum berkahwin, lelaki itu pernah memberitahu yang dia tidak menyukai wanita gemuk. Tetapi kata-kata itu tidak diendahkan wanita berkenaan. Namun, disebabkan mahu berkahwin, dia nekad menurunkan berat badan sehingga berjaya mencapai berat badan 65 kg. 


"Tetapi sebab nak kahwin, saya tekad kuruskan badan sampai dapat berat 65 kg. Memang nampak kecil semasa kahwin. Kemudian, lahirkan anak pertama dua tahun lepas dan berat badan saya juga naik sehingga 95 kg. 


"And guest what? Sudah setahun suami tak menyentuh saya kerana saya degil tak nak menguruskan badan. Dan kini barulah saya mendapat hidayah untuk menguruskan badan sebab kaki saya sakit apabila bersolat dan sampai sekarang masih meneruskan amalan diet," ujarnya. 


Menurut ibu seorang anak itu, suaminya tidak pernah culas memberi nafkah dan pernah memintanya kuruskan badan dan jika tidak, dia akan mula tawar hati dengannya. Kata-kata suami itu membuatkan dia mula terfikir sama ada suaminya curang. 


"Dia pernah kata yang dia tidak meminta banyak dan hanya mahu saya kuruskan badan. Dia kata, jangan sampai dia tawar hati. 


"Kemudian, selama setahun dia tidak menyentuh saya membuatkan saya terasa was-was dan menyangka mungin dia ada 'melanggan' atau yang sewaktu dengannya. 


"Saya siap buat solat tahajud semua sebab nak tahu suami curang atau tidak, supayah Allah tunjuk. Tapi itulah, bila saya periksa history handphone dia, dia melayan benda-benda lucah. Saya kecewa, tapi entahlah.. mungkin sebab dah lama tak dapat. 


"Dia pernah cakap kalau tahun depan masih tak ada perubahan, dia nak fikir-fikir balik hubungan kami. Saya agak dia nak bercerai. Sejak dari itu saya tekad jaga makan, berdiet," katanya. 


Pernah sesekali dia berbincang dengan suami untuk melakukan pembedahan bariatik. Tetapi suami menasihatkannya untuk mencuba amalan diet normal terlebih dahulu. Sekiranya gagal, barulah mencari alternatif lain untuk menurunkan berat badan..


"Sekarang journey saya untuk kurus masih panjang. Tetapi suami gembira tengok saya diet. Dia siap kata tak sabar nak tengok isterinya kurus, siap kata nak anak lagi.


"Doakan saya dipermudahkan urusan untuk diet supaya saya istiqamah. Salah satu sebab saya nak diet supaya saya senang beribadah, selain untuk suami saya," katanya. 


Sumber: Confess Tweet MY

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo