Slider

DAP beri sokongan PH bergabung dengan BN untuk tubuh kerajaan persekutuan



DAP memaklumkan pihaknya akan memberi sokongan terhadap keputusan Pakatan Harapan (PH) yang akan membentuk kerajaan persekutuan bersama dengan Barisan Nasional (BN). 


Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP merupakan sebahagian daripada PH dan segala cadangan PH akan disokong kerana keputusan yang dibuat adalah secara bersama. 


"Jadi saya tidak mahu bercakap lebih daripada itu kerana ia adalah keputusan yang kita ambil bersama, bukan sahaja dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC). Terpulang kepada pimpinan tertinggi PH, kita akan sokong keputusan yang mereka buat. 


"Kita sebahagian PH, jadi kalau PH ada polisi itu (bergabung dengan BN), kita bersamalah dengan keputusan PH," katanya. 


Guan Eng bagaimana enggan mengulas lanjut mengenai perjumpaan pemimpin PH bersama BN yang diadakan di Hotel Seri Pacific pagi tadi. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo