Slider

'GRS beri sokongan kepada PN, dah langgar perjanjian' - Bung Moktar dakwa GRS isytihar perang terhadap BN Sabah



Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin mendakwa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah melanggar perjanjian kerjasama bersama BN Sabah pada PRU15. 


Beliau mendakwa, Pengerusi GRS, Hajiji Noor bersama enam Ahli Parlimennya telah memberi sokongan mereka terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 tanpa berbincang dengan pihaknya. 


"Hajiji tidak menghubungi saya atau berbincang dengan saya mengenai sokongan GRS kepada PN. 


"Kami mempunyai perjanjian bahawa GRS akan menyokong BN, Hajiji melanggar perjanjian dengan memberi sokongan kepada PN. Mereka (GRS) mengisytihar perang terhadap kami," katanya memetik dari laporan The Star. 


Difahamkan sebelum PRU15, BN Sabah dan GRS telah mencapai persetujuan bahawa GRS akan bertanding di 13 kerusi, manakala BN di 12 kerusi. 


Keputusan PRU15 pada Sabtu menunjukkan, GRS menang enam dan BN tujuh kerusi.


Tanpa perbincangan dengan BN Sabah, Hajji bersama empat lagi ahli Parlimen telah bertemu dengan Muhyiddin pada malam semalam. Gambar pertemuan mereka tersebar di media sosial, sekali gus menunjukkan GRS telah melanggar perjanjian tersebut yang dijangka akan menjejaskan hubungan mereka di peringkat negeri. 


Sumber: The Star, Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo