Slider

'Ingat stylo tukar lampu signal warna putih? Menyusahkan orang ada la!' - Netizen gesa JPJ/PDRM ambil tindakan tegas



"Bang, lampu signal tu elok tukar balik warna oren. Kalau accident, jangan salahkan orang lain," demikian kata pengadu yang kurang senang dengan tindakan seorang pemilik kereta Perodua Myvi baru-baru ini. 

Pengadu mendakwa pemilik kereta itu telah menukar lampu isyarat yang asalnya berwarna merah kepada warna putih. Tindakan pemilik Myvi berkenaan bukan sahaja telah melakukan kesalahan, malah mengundang risiko terhadap pengguna jalan raya lain. 


Berdasarkan gambar yang dikongsi pengadu, 'penampakan' itu dirakam di Lebuhraya MEX kira-kira jam 7.58 pagi ketika orang ramai berpusu-pusu memasuki ibu kota untuk ke tempat kerja. 


Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang kemudian berkongsi gambar atau video golongan pemilik kenderaan yang tidak bertanggungjawab melakukan pengubahsuaian pada lampu kenderaan sehingga menyusahkan pengguna lain.


 "Yang lampu brek berkelip-kelip macam siren polis pun buat orang ramai menyirap juga dan menjejaskan fokus pemanduan pemandu di belakang," kata Ilyas. 


"11 Oktober lalu di lebuhraya persekutuan, hujan-hujan macam ni ingatkan ada pemandu yang melawan arus. Sekali lampu brek kereta Proton Saga lama, berwarna putih," kata Monyet. 


"Orang macam ni dia rasa dia owner yang paling cool, stylo dan kereta dia lawa. Padahal tak lawa mana pun, menyusahkan orang lain ada lah," kata Delina. 






Netizen menggesa pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pemantauan yang kerap bagi mengesan dan mengambil tindakan saman/kompaun terhadap pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan itu. 


"JPJ mohon ambil tindakan. Saya tengok dah ramai orang modifikasi lampu brek mahupun lampu signal. Membahayakan pengguna jalan raya lain," kata Zain. 


"JPJ atau PDRM kena pantaulah benda-benda macam ni. Kalau tak ada dalam guidelines atau peraturan, ambillah tindakan tegas," kata Rakyat Maya. 


Sumber: Twitter

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo