Slider

'Ini adalah Kerajaan PH, bukan Kerajaan DAP & kita takkan campuri kes mahkamah babitkan pemimpin BN' - Anwar Ibrahim



Pagi tadi, Ahli Parlimen Sembrong, Hishamuddin Hussein, menegaskan beliau tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan pusat. 


Bendahari Agung BN itu juga berkata, dia rela dipecat kerana tegas dengan pendiriannya yang tidak mahu bersama Anwar dan DAP. 


Menggulas mengenai kenyataan Hishamuddin, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen Sembrong membuat keputusan itu mungkin kerana menganggap kerajaan pusat yang bakal ditubuhkan itu adalah kerajaan DAP. 


Anwar menolak tanggapan tersebut dan menegaskan kerajaan yang ditubuhkan itu kelak adalah Kerajaan Pakatan Harapan. 


"Ya, dia (Hishamuddin) menolak PH dan DAP, mungkin kerana menganggap ini kerajaan DAP. Tetapi ini adalah Kerajaan PH (yang bakal ditubuhkan). Ini adalah gabungan kerajaan perpaduan," katanya. 


Ditanya mengenai apa nasib pemimpin BN yang sedang menghadapi kes di mahkamah sekiranya BN bergabung dengan PH, Anwar berkata pihaknya tidak akan mencampuri urusan kes mahkamah. 


"Mahkamah, mahkamah lah. Dia tak terikat dengan apa yang dipersetujui oleh kerajaan. Kerajaan adalah kerajaan, badan kehakiman harus bebas. Jadi, jangan dikaitkan antara proses mahkamah yang harus bebas daripada eksekutif," katanya. 


Berhubung pihak Istana Negara bersetuju memberi penangguhan kepada ketua parti atau gabungan politik untuk mengemukakan surat akuan bersumpah (SD) untuk membentuk kerajaan baharu, Anwar menjelaskan pihaknya tidak tergesa-gesa untuk berbuat demikian. 


"Kita tidak tergesa-gesa. Seperti mana yang telah kita tahu, ada yang telah menandatangani (SD) sebelum ini didapati telah melanggar perjanjian dengan BN.. seperti mana yang tertera dalam kenyataan BN pagi tadi," ujarnya. 


Dalam pada itu, Anwar turut mengakui BN adalah parti komponen utama yang perlu dibawa untuk bekerjasama dalam membentuk kerajaan baharu. Selain itu, pihaknya tidak menolak untuk menjalinkan kerjasama dengan blok Sabah dan Sarawak.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo