Slider

Kabel USB tersangkut dalam zakar remaja lelaki yang mahu mengukur kedalaman lubang organ



Seorang remaja lelaki nekad memasukkan kabel USB ke dalam zakarnya untuk mengukur kedalaman lubang saluran kencingnya itu dalam satu kejadian eksperimen pelik. 


Doktor di sebuah hospital di Britain yang menerima kes tersebut turut bingung dengan tindakan remaja lelaki berusia 15 tahun itu yang datang untuk meminta bantuan setelah kabel itu tersangkut dalam kemaluannya. 


Cubaan untuk mengeluarkan kabel itu dengan cara menariknya juga gagal kerana kabel berkenaan telah menjadi kusut dan bersimpul di bahagian dalam. 


Kes pelik itu dikaji oleh doktor di seluruh dunia dan laporan terbaru mengenai kejadian yang berlaku pada 2021, telah dikeluarkan di Science Direct. 


Menurut doktor, "Dua port kabel USB berkenaan didapati terkeluar dari meatus uretra luar, manakala bahagian tengah wayar yang bersimpul kekal di dalam uretra. 


"Pesakit adalah remaja yang cergas dan sihat, serta tiada sejarah gangguan kesihatan mental. 




"Pemotongann peno-scrotal membujur di atas badan telah dilakukan melalui pembedahan yang penuh berhati-hati. Kedua-dua hujung kabel tersebut berjaya ditarik keluar melalui meatus uretra luar," katanya. 


Difahamkan, percubaan kali pertama untuk menarik kabel itu gagal. Doktor terpaksa memotong bahagian antara alat kelamin dan dubur agar mereka boleh mencapai kabel itu dari bawah. 




Remaja terbabit dilaporkan telah pulih sepenuhnya. Doktor menyimpulkan, kejadian itu berpunca dari keinginan untuk melakukan eksperimen dan kepuasan seksual serta gangguan mental menyebabkan kabel USB itu tersangkut dalam kemaluan remaja berkenaan. 


Sumber: Daily Star

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo